Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti.

Friday, July 23, 2010

BiaR mUka BuruK asal Hati Cantik

Renung-renungkan....

bukan soal pembedahan plastik, tetapi pembedahan "hati" dan "muhasabah" jiwa....
siapa yang tidak inginkan kecantikan?
sesiapa pun suka memiliki wajah, pakaian, telefon bimbit dan barang perhiasan yang cantik....
kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti yakni akhlak. kecantikan ini jika ada pada seseorang lebih kekal...
Rasulullah s.a.w juga pernah menegaskan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. wanita solehah ialah perhiasan rumah tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat....

Wednesday, March 3, 2010

Pengorbanan guru ke pedalaman...



APABILA Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, guru sedia ada dan guru baru akan diwajibkan bertugas di luar bandar serta pedalaman maka ketetapan itu bertujuan menjayakan sebahagian lagi proses Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tanpa dibatasi garis sempadan. Langkah mewajibkan guru berkhidmat antara tiga hingga lima tahun adalah antara usaha mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan berkenaan. Sistem pendidikan terbaik adalah yang memastikan setiap kanak-kanak berjaya dan ejen kepada kejayaan ini ialah guru. Ada seramai 369,931 guru berkhidmat di seluruh negara (perangkaan 2008). Mereka adalah ejen pembangunan sosial paling penting dalam merubah dan membentuk seorang individu sekali gus menjadi warga negara yang menyumbang kepada pembangunan keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negaranya. Syarat wajib ini jangan dilihat sebagai beban, igauan dan fobia kepada guru sedia ada mahu pun calon guru. Berkhidmat di luar bandar dan pedalaman mesti disambut secara positif. Kepayahan di sana akan melahirkan ketabahan dan tekad kental individu yang melalui. Keterpencilan melahirkan keinsafan sekali gus meningkat usaha seseorang untuk membuktikan kemampuan. Proses ini boleh dikategorikan sebagai hijrah yang terbukti di seluruh dunia sentiasa menjanjikan seseorang untuk menggapai kecemerlangan. Keputusan Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah adalah bukti paling jelas bahawa perpindahan membuka ruang seluas-luasnya kepada seseorang untuk lebih berjaya, tabah dan lebih berperancangan.

Apabila ayat pertama al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah berbunyi 'iqra' (baca) maka dengan jelas dan tepat menunjukkan keupayaan membaca bakal menentukan kehidupan seseorang dan hanya guru yang sanggup berkorban akan memastikan anak bangsa di luar bandar serta pedalaman menguasai kemahiran membaca seterusnya berupaya meneruskan kehidupan pada tahap terbaik selepas tamat persekolahan. Apabila kehidupan ini berkait sangat rapat dengan membaca (ilmu dan kemahiran) maka guru adalah kelompok yang sangat penting dalam sesuatu komuniti. Tanpa menafikan peranan ibu bapa dan persekitaran dalam proses kedewasaan seseorang, guru adalah individu paling hampir dengan setiap individu di dunia ini. Murid di bandar dan pinggir bandar menikmati proses pendidikan mantap serta sempurna dan ini mesti disamaratakan dengan murid di luar bandar serta pedalaman. Dengan purata 30 hingga 40 peratus murid adalah warga luar bandar serta pedalaman, angka ini memerlukan pengorbanan besar guru sedia ada mahupun guru muda untuk berkhidmat menjadi lilin tanpa alasan untuk menolak arahan. Melalui makmal pendidikan GTP yang mengumpulkan pelbagai maklumat kerjaya perguruan dan sistem pendidikan terbaik dunia, maka sektor itu mampu menghasilkan inisiatif melahirkan guru terbaik yang menguasai pedagogi pendidikan untuk membangunkan potensi murid luar bandar serta pedalaman.

STRESS....!!



alahai....sejak kebelakangan ni byk keje kne submit, egsaiment kne hantar...bertambah dgn masalah...aa..yoyoyo...pening yer...so mcm mne nk buat nie...
1- Bertenang, tenangkn diri jika barada dlm situasi stress antaranya melihat pemandangan
hijau dan tumbuhan hijau.
2- Berurut dibahagian leher dan bahu.
3- Bernafas dengan dalam jika berada dalam situasi marah atau beremosi, tarik nafas
dengan dalam dan menghembusknnya secara perlahan-lahan.
4- Beriadah dan bersukan, amalkan beriadah dan melakukan perkara yg sihat.
5- Berkata: relakslah....
6- Bersenam dan melakukan perkara yang boleh mengeluarkan peluh.
7- Beribadat dan sentiasa mengucap kepada Allah s.w.t serta segera ambil wuduk solat
untuk tenangkan diri.
8- Berehat dan mendengar muzik bagi menenangkan fikiran.
9- Bercakap dengan seseorang supaya dapat melupakan perkara yang menghantui fikiran
dan perasaan.
10- Berfikiran positif supaya dapat mengelakkan berlaku perkara diluar kawalan diri.
Dengan amalan yang dilakukan besertakan niat yang baik kerana Allah s.w.t
insyaALLAH, Allah akan mempermudahkan urusan kita..

Saturday, January 30, 2010

Makan Pizza


this all my close friends..KAB B303(2008/2009)..you all so spoting!! i'm hppy stay with u all girls..

My Lovely Friends


this my little cute ex roomate..oh god i miss u a lot..semoga sentiasa ceria2 selalu & be smile always..*_^..memory mu sentiasa diingatan ku, kenangan bersama mu akan ku simpan semat didalam hati ku..

Thursday, January 28, 2010

Banjaran Titiwangsa




indahnya pemandangan banjaran titiwangsa yg menghadap kolej aminuddin baki & za'ba..suasana pagi yg indah & nyaman menyegarkan minda pelajar2 dan memberi banyak manfaat kepada sesiapa yg tinggal disitu...alangkah sedihnya.. ianya telah menjadi kenangan kerana terpaksa berpindah dari situ, namun ianya akan tetap menjadi kenangan ku bersama kawan2...

Wednesday, January 27, 2010

Dinner time



dinner time...ni malam paling best budak-budak p.islam organize jamuan & change present. emm..mereke2 ni memang excited & semangat kalau pasal jamuan ni. malam 2 banyak sgt makanan yg diaorg buat, macam2 ade.. dapat makan sate,ais krim,mihun,kek & banyak lagi laaa..sampai xabis nk makan..sO rekezi jgn ditolak daripada buang baik sedekah kt org, dpt jgk pahalanyee..jd sy pm dikalangan org yg bwk baliklah jgk..knp nk membazir yeee...

Puding tapai ketan hijau



Hidangan penutup yang satu ini memang disukai tua dan muda. Teksturnya lembut, terpadu sempurna dengan gurihnya susu dan wanginya pandan serta tapai ketan hijau. Benar-benar hidangan penutup yang sempurna.

Resep/Dapur Uji/Food Stylist: Budi Sutomo

Puding Tapai Ketan Hijau

Bahan A:

1 pks/7 g bubuk agar putih/tanpa warna
100 g gula pasir
½ sdt pasta pandan/pewarna hijau
200 ml susu tawar cair/santan
350 ml air
¼ sdt garam halus

Bahan B:

1 pks/7 g bubuk agar putih/tanpa warna
100 g gula psair
400 g tapai ketan hijau
500 ml air
¼ sdt garam halus

Bahan C:

1 pks/7 g bubuk agar putih/tanpa warna
100 g gula pasir
300 ml susu tawar cair/santan
200 ml air
¼ sdt pasta vanili/vanili bubuk
¼ sdt garam halus

Cara Membuat:

1. Adonan A: Larutkan bubuk agar putih dengan air, gula pasir dan garam di dalam panci, aduk rata. Didihkan sambil terus diaduk hingga mendidih. Tambahkan susu tawar cair dan pasta pandan/pewarna hijau. Didihkan kembali. Angkat.

2. Adonan B: Larukan bubuk agar dengan air, gula dan garam di dalam panci. Masak hingga mendidih. Tambahkan tapai ketan hijau, masak hingga mendidih. Angkat.

3. Adonan C: Larutkan bubuk agar denga air, gula pasir dan garam, aduk rata. Masak sambil terus diaduk hingga mendidih. Tuang susu tawar cair dan pasta vanili/vanili bubuk. Masak hingga mendidih kembali. Angkat.

4. Penyelesaian: Ambil cetakan puding yang telah dibasahi dengan sedikit air matang. Tuang adonan C, dinginkan hingga mengeras. Tuang adonan B di atasnya, bekukan kembali. Terakhir tambahkan adonan A, dinginkan hingga membeku. Keluakan dari cetakan, potong-potong. Sajikan dingin.

Untuk 20 Porsi

Tip:

* Lapisan pudding akan lepas dan tidak bisa melekat sempurna jika menuang adonan lapisan saat pudding sudah terlalu keras.. Tuang adonan lapisan puding saat lapisan bawah sudah mengeras namun belum terlalu keras.
* Memasak adonan pudding sebaiknya dengan api sedang dan terus diaduk agar susu atau santan tidak pecah.

kuih tradisi



Tapai

Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.

Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.

Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.

Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.

Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.

Makanan popular kelantan




Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.BUDU merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…

Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu. Di Sarawak sekarang ni pun dah ada budu.

Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Tuesday, January 26, 2010

Delicious...



Belacan

Ia merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Mahupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat. Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan lesung tangan.

Makanan Melayu



Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.


Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

Makanan Melayu memang terkenal dengan pedas, yang menggunakan pelbagai kandungan dari bahan-bahan semula jadi seperti cili, serai, halia, santan kelapa dan sebagainya. Masakan tradisional Melayu di Melaka adalah sambal yang diperbuat daripada cili, perisa udang dan perasa lain. Masakan yang paling popular bagi orang Melayu adalah nasi lemak iaitu sajian untuk sarapan pagi.

Nasi Lemak dimasak dengan menggunakan ayam atau daging, kacang tanah, telur rebus dan sambal. Masakan lain yang popular adalah seperti asam pedas (ikan dan sayuran dimasak di dalam kuah asam pedas), rendang, nasi padang dan nasi goreng.

Wednesday, January 20, 2010

salam

waa....akhirnya alhamdulillah berjaya menghasilkan blog yg x seberapa..terima kasih kpd semua kakitangan ku yg tak bertauliah hehe
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
( Aristotle )

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle )

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman )

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka)

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka)

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali)

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka)

Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka)

Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka )

Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka)

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis )

assalamualaikum...

hai.......