Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti.

Saturday, January 30, 2010

Makan Pizza


this all my close friends..KAB B303(2008/2009)..you all so spoting!! i'm hppy stay with u all girls..

My Lovely Friends


this my little cute ex roomate..oh god i miss u a lot..semoga sentiasa ceria2 selalu & be smile always..*_^..memory mu sentiasa diingatan ku, kenangan bersama mu akan ku simpan semat didalam hati ku..

Thursday, January 28, 2010

Banjaran Titiwangsa




indahnya pemandangan banjaran titiwangsa yg menghadap kolej aminuddin baki & za'ba..suasana pagi yg indah & nyaman menyegarkan minda pelajar2 dan memberi banyak manfaat kepada sesiapa yg tinggal disitu...alangkah sedihnya.. ianya telah menjadi kenangan kerana terpaksa berpindah dari situ, namun ianya akan tetap menjadi kenangan ku bersama kawan2...

Wednesday, January 27, 2010

Dinner time



dinner time...ni malam paling best budak-budak p.islam organize jamuan & change present. emm..mereke2 ni memang excited & semangat kalau pasal jamuan ni. malam 2 banyak sgt makanan yg diaorg buat, macam2 ade.. dapat makan sate,ais krim,mihun,kek & banyak lagi laaa..sampai xabis nk makan..sO rekezi jgn ditolak daripada buang baik sedekah kt org, dpt jgk pahalanyee..jd sy pm dikalangan org yg bwk baliklah jgk..knp nk membazir yeee...

Puding tapai ketan hijau



Hidangan penutup yang satu ini memang disukai tua dan muda. Teksturnya lembut, terpadu sempurna dengan gurihnya susu dan wanginya pandan serta tapai ketan hijau. Benar-benar hidangan penutup yang sempurna.

Resep/Dapur Uji/Food Stylist: Budi Sutomo

Puding Tapai Ketan Hijau

Bahan A:

1 pks/7 g bubuk agar putih/tanpa warna
100 g gula pasir
½ sdt pasta pandan/pewarna hijau
200 ml susu tawar cair/santan
350 ml air
¼ sdt garam halus

Bahan B:

1 pks/7 g bubuk agar putih/tanpa warna
100 g gula psair
400 g tapai ketan hijau
500 ml air
¼ sdt garam halus

Bahan C:

1 pks/7 g bubuk agar putih/tanpa warna
100 g gula pasir
300 ml susu tawar cair/santan
200 ml air
¼ sdt pasta vanili/vanili bubuk
¼ sdt garam halus

Cara Membuat:

1. Adonan A: Larutkan bubuk agar putih dengan air, gula pasir dan garam di dalam panci, aduk rata. Didihkan sambil terus diaduk hingga mendidih. Tambahkan susu tawar cair dan pasta pandan/pewarna hijau. Didihkan kembali. Angkat.

2. Adonan B: Larukan bubuk agar dengan air, gula dan garam di dalam panci. Masak hingga mendidih. Tambahkan tapai ketan hijau, masak hingga mendidih. Angkat.

3. Adonan C: Larutkan bubuk agar denga air, gula pasir dan garam, aduk rata. Masak sambil terus diaduk hingga mendidih. Tuang susu tawar cair dan pasta vanili/vanili bubuk. Masak hingga mendidih kembali. Angkat.

4. Penyelesaian: Ambil cetakan puding yang telah dibasahi dengan sedikit air matang. Tuang adonan C, dinginkan hingga mengeras. Tuang adonan B di atasnya, bekukan kembali. Terakhir tambahkan adonan A, dinginkan hingga membeku. Keluakan dari cetakan, potong-potong. Sajikan dingin.

Untuk 20 Porsi

Tip:

* Lapisan pudding akan lepas dan tidak bisa melekat sempurna jika menuang adonan lapisan saat pudding sudah terlalu keras.. Tuang adonan lapisan puding saat lapisan bawah sudah mengeras namun belum terlalu keras.
* Memasak adonan pudding sebaiknya dengan api sedang dan terus diaduk agar susu atau santan tidak pecah.

kuih tradisi



Tapai

Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.

Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.

Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.

Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.

Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.

Makanan popular kelantan




Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.BUDU merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…

Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu. Di Sarawak sekarang ni pun dah ada budu.

Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.